Saturday, 22 December 2012

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM)





Memandangkan baru-baru ini tajuk LADAP yang telah aku hadiri adalah berkaitan dengan PPPM maka tergeraklah hatiku untuk share di blog ini. Mana la tau kan leh jadi panduan dan tambah knowledge u all...

Lima aspirasi sistem pendidikan Malaysia melalui PPPM :-
  • AKSES  
Memastikan 100% enrolmen merentas semua peringkat pendidikan daripada prasekolah hingga menengah atas menjelang 2020

  • KUALITI 
Memastikan Negara berada dalam kelompok sepertiga teratas dalam pentaksiran antarabangsa seperti TIMSS (Trends in Mathematics and Science Study) dan PISA (Programme For International Student Assessment)

  • EKUITI
Memastikan pengurangan sebanyak 50% jurang pencapaian antara bandar dan luar bandar, sosioekonomi dan gender menjelang tahun 2020

  • PERPADUAN
Mewujudkan sistem pendidikan yang menawarkan perkongsian pengalaman dan nilai kepada kanak-kanak dengan menghargai kepelbagaian kaum, agama, dan budaya

  • KECEKAPAN
Mengoptimumkan keberhasilan murid mengikut peruntukan sedia ada


11 anjakan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia

klik pada gambar utk paparan yg lebih jelas

* untuk perincian yg lebih detail bolehlah download link di bawah utk membaca laporan PPPM

download Laporan awal PPPM

download laporan PPPM 2


No comments:

Post a Comment