Assalamualaikum dan salam perkenalan....
Alhamdulillah dengan izin Pencipta Yang Maha Esa, dapat juga saya membuat blog ini. Blog ini adalah espiranza hati saya. Memandangkan saya masih hijau dalam dunia blogger pasti kan ada kepincangan. Namun, diharapkan dapatlah kita sama-sama bertukar idea dan ilmu agar hari esok kita lebih baik dari hari ini. Wallahuallam..
Untuk entri yg pertama ini, saya ingin kongsikan sajak sasterawan negara yg tersohor, Usman Awang bertajuk "Guru Oh Guru".
Secara peribadi, sajak ini amat bermakna buat saya yg bergelar pendidik. Marilah kita sama-sama menghayati sajak ini dan mengangkat martabat profesion perguruan sebagai satu kerjaya yg mulia. Bukan sebagai last choice. Bersama kita mengejar keberkatan Ilahi dalam setiap langkah kita sebagai pendidik.
To all my teachers...SRI ABIM (1991-1992), SK MULONG 2 (1993-1996), SMK ISMAIL PETRA (1997-1999), SM SAINS PASIR PUTEH (2000- 2001) & IPPM -IIUM (2002-2008) .. sajak ini khas buat anda...tanpa ilmu dan penat lelah cikgu semua pastinya saya tidak akan berjaya seperti hari ini.
"TERIMA KASIH, CIKGU"
Guru Oh Guru
Berburu ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
-USMAN AWANG- 1979
Mendalam sguh maksud sajak ni
ReplyDelete