Minggu ini sudah masuk minggu ketiga persekolahan. Dek terlalu sibuk menyesuaikan diri dengan suasana di sekolah baru maka tak dapatlah nk update blog nie. Baru malam nie dapat nak mencoret sket..hehe..
Well, tanggal 1 Januari 2013 menyaksikan aku kini secara rasminya menjadi warga SK Bukit Beruntung 2. Sebuah sekolah yang agak besar dan secara peribadinya, inilah sekolah besar yang pertama buatku sejak posting pada tahun 2008.
Hari pertama persekolahan perasaan dalam hati bercampur baur. Excited. Nervous. Teruja. Risau dan macam- macam perasaan lagi la. Dan pastinya satu pengalaman yang takkan kulupakan di sekolah baru ini ialah aku telah jatuh di koridor sekolah semasa on the way nak ke kelas sebab tak perasan yang koridor tue tidak rata dan mempunyai tebing sikit. Akibatnya, kakiku terseliuh. Malu tue tak payah cakap ar sebab sebaik sahaja aku jatuh muncul GPK 1 dan pegawai PPD kat belakang aku. Tapi nasib baik la hanya diorang. Kalau tak, tak tahu la mana nak letak muka.Hehe... Alhamdulillah esok tue walaupun terhencut-hencut aku still dapat ke sekolah dan mengajar. Kalau tak pasti hari kedua persekolahan dah MC. Huhu...
Sekolah baru, budaya kerja baru, suasana baru, skop kerja pun baru. Jika sekolah lama aku jadi guru dua alam ( gelaran bagi orang yang mengajar KSSR & KBSR), kat sekolah baru aku hanya fokus pada Tahun 5 & 6. No more filing or PBS. Boleh la menarik nafas lega sket.Hehe... Cuma tue la aku skang nie tengah belajar menyesuaikan diri aku sebagai seorang guru PJK. Satu skop kerja yang memang di luar bidang dan kemahiran aku. Banyak nak kena belajar. Nasib baik de cikgu2 senior yang sudi membantu. Mula-mula memang rasa cam susah tapi skang dh enjoy mengajar PJK. Rasa rileks jer. So, tahun 2013 nie tak dapat la nk melaram baju cantik-cantik sebab dalam seminggu 3 hari konfem aku kena pakai pakaian sukan. Hanya 2 hari jer dapat pakai baju kurung. Huhu...
Pepe pon, aku harap dapat melaksanakan tugas sebagai pendidik dengan baik di sekolah baru dan dapat mendidik anak-anak muridku menjadi insan yang berjaya di dunia dan akhirat. Amin...
No comments:
Post a Comment